Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Keputusan Sdr Ezam

 

By Anwar Ibrahim

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat Tolak Cadangan Peruntukkan Tambahan

Parlimen, 26 Mei (SK) - Pakatan Rakyat menolak cadangan kerajaan bagi menambah peruntukkan tambahan sebanyak RM74,950,150 daripada Kumpulan Wang Pembangunan sebagaimana yang dikemukakan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat petang ini.

Penolakkan cadangan tersebut dibuat oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan perbahasan beliau terhadap usul pindaan Rang Undang-Undang Perbekalan (2007) 2008 bacaan kali kedua.

Peruntukkan tambahan yang dibuat melalui pindaan Rang Undang-Undang berkenaan dilihat Pakatan Rakyat sebagai satu lagi pembaziran wang rakyat dan menggambarkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurustadbir perbelanjaan negara yang telah diperuntukkan semasa Bajet 2008 yang lalu. – Zuwairi Zakwa

Selangor haramkan aktiviti Islam Hadhari serta merta

SHAH ALAM, Isnin 26 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang berkaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Beliau berkata, konsep Islam Hadhari tidak perlu kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ini kerana, ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya.



Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12, di sini.

Sehubungan itu katanya, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Belia yang juga Pesuruhjaya PAs Selangor, menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan, premis judi dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.
"Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, " katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, Pas yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

"Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

"Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa," katanya.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor


live

http://www.selangor.gov.my/main.php

Jemputan 2 orang PKR Saujana Utama akan tiba disana esok 22hb Mei 08

Jangan beri derma kepada pihak dakwa wakil LZS

SHAH ALAM, Khamis 15 Mei.-- Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memberitahu pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai wakil bagi mengutip derma untuk membantu warga miskin di negeri itu.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat Akhtar Sahari berkata beberapa laporan diterima oleh LZS mendakwa terdapat individu yang melakukan kutipan derma di beberapa restoran dan gerai makan di sekitar negeri itu terutama di Shah Alam.

Beliau berkata individu terbabit akan memperkenalkan diri sebagai wakil yang dilantik oleh LZS dan menunjukkan surat kebenaran dari lembaga berkenaan bagi tujuan mengutip derma membantu golongan miskin di negeri berkenaan.

"LZS memandang serius hal ini dan sedang mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan selanjutnya. LZS tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk mengutip derma," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhtar berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik mengutip derma berkenaan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu.

"Jangan beri sebab bila kita bagi mereka akan terus menjalankannya. LZS tidak pernah keluarkan apa-apa surat bagi tujuan berkenaan," katanya.

Tukar segera kepada meter individu jika mahu air percuma mulai 1 Jun




OLEH BEN ROSA


SHAH ALAM, Rabu 13 Mei : Pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama mulai 1 Jun ini hanya kepada kediaman yang mempunyai meter individu sahaja.

Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pemilik atau penghuni pangsapuri segera menukar sistem meter air pukal kepada meter individu bagi menikmati kemudahan itu.

“Kita tetap melaksanakan janji pada 1 Jun ini. Ianya tiada masalah kecuali kepada penghuni pangsapuri yang belum ada meter berasingan. Mereka mestilah meminta pengurusan bangunan masing-masing menukar meter tersebut,” katanya.



Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak pengurusan bangunan boleh berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi tujuan penukaran meter tersebut.

Beliau berkata, ada kira-kira 300,000 unit pangsapuri dan kondominium menggunakan meter pukal di seluruh negeri ini.

Menjawab soalan, beliau berkata, kos penukaran meter perlu ditanggung oleh pemilik rumah.

Katanya, terpulang kepada pihak pengurusan bangunan pangsapuri atau kondominium untuk menukar meter dan penghuni hanya memperolehi air percuma selepas penukaran tersebut.

“Kita mula bulan depan (Jun) dan bil keluar hujung bulan. Jika cepat mereka menukar meter, lebih cepat mereka menikmati kemudahan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknoligi dan Inovasi, Dr Rodziah Ismail dalam sidang media sama berkata, pasukan peninjau pertama Yayasan Amal Malaysia yang menjadi penyelaras menghulurkan sumbangan kepada mangsa Taufan Nargis akan Yangon, Myanmar, esok.

Menurutnya, misi pertama seramai lima orang itu termasuk doktor dan jurutera akan melakukan tinjauan awal bagi mengenalpasti jenis bantuan yang akan disalurkan termasuk daripada sumbangan RM1 juta oleh kerajaan negeri Selangor.

Menurut beliau lagi, bilik operasi misi berkenaan telah dibuka di Dataran Usahawan Bangunan Darul Ehsan.

“Kita menerima apa saja bantuan tetapi elok kalau kita dapat bantuan berupa selimut, pakaian wanita dan kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor akan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat China ekoran kejadian gempa bumi yang sudah meragut lebih 22,000 nyawa, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, ucapan berkenaan akan disampaikan kepada Pejabat Kedutaan China di negara ini.

“Kerajaan negeri juga bersedia menawarkan bantuan kepada negara tersebut bergantung kepada permintaan negara tersebut,” katanya.

Forum Perdana

Assalamulaikum.
Dengan segala hormatnya di jemput tuan/puan ke majlis Real Forum Perdana. Ahli panel terdiri daripada :
YBhg Dato' Dr. Hassan Ali (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam),
YBhg Dato' Seri Dr. Hj. Harussani b. Hj. Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Al-Fadhil Ustaz Dato' Ismail bin Kamus.

Bertempat : Stadium Kuala Selangor Tarikh : 16.05.2008Masa : selepas solat Maghrib

Maklumat Terkini

Assalamulaikum dan selamat pagi.

Maklumat terkini daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada anak-anak negeri Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa mengira bangsa, agama dan parti.

Resit asal semasa pendaftaran ketika memasuki universiti hendaklah disertakan sebagai bukti.

Terima kasih.

Zamri Haji Md Yasin
Setiausaha PKR Saujana Utama
"Kami Seiring Membawa Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia"

Sinaran PKR diSaujana Utama



PRU12 berakhir sudah,bertegang urat juga,Selangor dan negeri2 lain dapat pun sudah...Nah!! Kini manifesto perlu kami ungkapkan dgn 'kenyataan' dari 'bayangan'...

Malah, akan ada juga yang melahirkan kerisauan dan kebimbangan tentang anak didik PKR, yang risau kononnya anak didik PKR ini mewarisi pemikiran radikal 'ayahnya' dan sikap agresif 'ibunya', dia akan punya sifat melawan! Habis apa salahnya dengan ini semua? Sekurang-kurangnya anak didik PKR ini tidak lembik dan pengalah. Apalagi sebagai parti baru, yang bakal mendepani perjuangan hidup penuh ranjau, pasti kualiti-kualiti seperti radikal, agresif dan melawan adalah perlu.

Apa-apapun, keputusan terakhir tetap terletak di tangan Parti Keadilan Rakyat, si anak didik ini, pandangan orang lain hanyalah pandangan. Sebagai anakdidik, tiada lagi ibubapa yang akan mengajar dan mengawal, pandai-pandailah membawa diri, tetapi, jangan sekali-kali lupa akan leluhurmu, prinsip mereka, perjuangan mereka!

Maka dengan ini rakan reformis yg sanggup berkorban demi perjuangan ini ayuh bangun ...tegakkan keadilan diTaman Saujana Utama ini untuk kemudahan penduduk saujana khasnya.

Meminang sudah bersanding pun sudah
Adatlah pasangan raikan kunjungan
Bersidang sudah bertanding pun sudah
Jabatlah tangan teruskan perjuangan


ROSMIN BIN HJ SARIPUDIN
Ketua JDM Parti Keadilan Rakyat
Saujana Utama Sg Buloh,
Selangor Darul Ehsan.

Ucapan ketua JDM PKR Saujana Utama Sg Buloh.



Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, dengan tertubuhnya JDM PKR Saujana Utama yang mana dulunya terlibatnya saya bersama Ustaz Dr Badrul Amin dengan Parti Keadilan Nasional di Kepong, juga saya amat berterima kasih atas amanah Ust Dr Badrul Amin dengan amanah beliau untuk menegakkan Keadilan di Saujana Utama khasnya.

Walaupun hanya sebilangan kecil saja yg tahu penglibatan saya dalam Parti Keadilan ini semasa baru pindah ke Saujana Utama ini dan aktifnya saya pada pilihanraya ke 11 untuk Ust Dr Badrul Amin kerana saya membawa wadah perjuangan dari Saujana Utama ke kawasan dimana Ust Dr Badrul Amin sewaktu penamaan calon di kawasan Subang.

Syukur juga pd PRU12 ini atas perjuangan sahabat di PKR yg menjenguk2 dan menanti siapa 'orang2 PKR' di markas PAS akhirnya ketemu untuk dijadikan satu pertubuhan yg secara rasminya tertubuh atas amanah Ust Dr Badrul Amin sendiri meletakkan borang sendiri ke bahagian utk penubuhan ini dan dalam masa yg sama pada Majlis Bersama Pemimpin itu juga Ust Dr Badrul Amin mengumumkan akan penubuhan ini.

Sesungguhnya peranan saya sebagai ketua bukanlah mudah untuk mengatur, melangkah dan mencorakkan ia di Taman Saujana Utama ini apatah lagi kini Selangor atas pemerintahan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar.

Penglibatan saya sepenuhnya adalah atas sokongan sahabat juga Ust Dr Badrul Amin yg memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Perjuangan untuk menegakkan keadilan bukanlah merupakan satu pilihan. la merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap individu yang telah mengenali makna yang membezakan antara keadilan dan kezaliman. Justeru itu, kita melihat perjuangan keadilan bukan sekadar satu kegiatan politik biasa yang bermusim sebaliknya ia sebagai satu tanggungjawab agama dalam pengertian yang luas. Hakikatnya, ia perjuangan yang menuntut komitmen yang tebal daripada kita, material mahupun semangat dan juga masa

Tetapi perjuangan untuk menegakkan keadilan tidak akan berjaya sekiranya kita hanya berjuang bersendirian.

Diakhir kata ini saya dengan penuh kesyukuran dan penuh rasa tawadhuk mengharapkan penglibatan aktivis reformasi yang dahulu tampil untuk membantu dan bersama memperjuangkan perjuangan yang TEGUH bersama PKR.

Saya dikesempatan ini amat berterimakasih pd Ustaz Dr Badrul Amin, En Arshad Timbalan Ketua Bahagian, En Halijan Setiausaha Bahagian, Hj Ibrahim Ketua Penerangan Bahagian,Pimpinan PAS Saujana Utama, Pimpinan PKR Taman Ehsan, PKR Subang, PKR dan MT YB Azmin Ali, YB Saifudin Nasution, sahabat2 di Saujana Utama atas sokongan kalianlah maka saya berada di tangga 'amanah' ini atas nilai perjuangan yg ADIL.

...bantu di bantu...

ROSMIN BIN HJ SARIPUDIN
Ketua JDM Parti Keadilan Rakyat
Saujana Utama, Sg Buloh.

Gugurkan Pertuduhan Ke Atas Raja Petra

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan kerajaan Barisan Nasional yang berselindung di sebalik Akta Hasutan 1948 dengan mendakwa pengendali Laman Web Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin di bawah Seksyen 4(1). AMK percaya bahawa pendakwaan ini bermotifkan politik semata-mata, dalam keadaan artikel "Let's Send Altantuya Murderer To Hell' tidak langsung dibidas dan dijawab secara berfakta oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Apa yang berlaku hanyalah penafian kosong melalui Setiausaha Akhbar beliau, yang mana penafian seumpama ini tidak berupaya untuk menidakkan sebarang bentuk tuduhan ke atas beliau.

AMK menegaskan bahawa pendakwaan ini menggambarkan bahawa BN terus gagal untuk menyemai kebebasan berfikir di kalangan rakyat Malaysia apabila blogger yang bertanggungjawab seperti Raja Petra dikenakan tuduhan seperti ini.

Serangan Raja Petra ke atas Najib dan Rosmah tidak boleh sama sekali ditakrifkan sebagai hasutan kepada kerajaan, dalam keadaan ia tidak langsung merujuk kepada kerajaan, sebaliknya hanya peribadi dan moral Najib serta isterinya.

Adalah menjadi tanggungjawab moral Najib dan Rosmah untuk menjawab secara berfakta dan berhadapan dengan sebarang bentuk tuduhan ke atas mereka, dengan membuktikan sebaliknya bukan menunjukkan ketakutan mereka dengan berselindung di sebalik akta drakonian dan usang ini.

AMK dengan ini menggesa agar pertuduhan ke atas Raja Petra digugurkan atas alasan pendakwaan yang tidak sempurna dan tempang memandangkan kehendak-kehendak kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) tidak dipenuhi dengan ketat. AMK juga menggesa Najib agar bersikap 'jantan' dan terbuka untuk menerima kecaman dan kritikan.

AMK mendesak agar Parlimen memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 bagi mengelakkan sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan oleh kerajaan BN, khususnya di kalangan mereka yang bersikap jahil dan takut untuk dikecam dan dikritik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Presiden: Media Bebas Tuntutan Massa

Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Satu badan kajian antarabangsa; Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya. Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa.

Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.

Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.

Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang. Selamat Maju Jaya. (tamat)

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Pembangkang
Presiden Parti Keadilan Rakyat

AMK Bantah Perlantikan Semula 16 Pesuruhjaya Suhakam

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius tindakan kerajaan yang memperbaharui lantikan 16 anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) pada 29 April lepas.

Pengumuman tersebut menggambarkan betapa kerajaan langsung tidak serius dan menghormati isyarat rakyat hasil daripada keputusan Pilihanraya Umum ke-12 8 Mac lepas yang mahu melihat reformasi menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya dalam konteks perlindungan hak asasi manusia. Rekod perkhidmatan anggota Suhakam yang sedia ada terbukti sangat lesu dan mengecewakan, khususnya di dalam mendepani isu-isu pencabulan hak asasi yang sangat ketara berlaku di Malaysia sepanjang tempoh mereka berkhidmat.

Seolah-olah menjadi boneka kerajaan, isu-isu perobohan tempat ibadat, isu penahanan tanpa bicara di bawah akta zalim ISA, isu Hindraf, isu kebebasan media, isu pilihanraya yang tidak telus dan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), semuanya tidak didepani dengan baik oleh anggota Suhakam yang dikekalkan sekarang.

AMK juga melihat, Menteri yang bertanggungjawab menyelia Suhakam iaitu Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mencalarkan wibawa awalnya apabila bertindak mengekalkan anggota Suhakam yang terdahulu. Sewajarnya beliau mempunyai sedikit keberanian sebagaimana yang ditunjukkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mahu mengambil inisiatif awal melaksanakan reformasi kehakiman walaupun ianya belum terbukti sepenuhnya.

Tuntasnya, AMK berpendapat bahawa kerajaan wajar menyemak semula perlantikan semula ini dan memasukkan agenda membebaskan Suhakam sepenuhnya agar bertanggungjawab terus kepada Institusi Parlimen di dalam reformasi yang mereka rangka kini.

AMK juga menggesa agar Suhakam melaksanakan kajian mendalam terhadap pencabulan hak individu dalam proses demokrasi di bawah prinsip one person one vote apabila kerajaan membatalkan penggunaan dakwat tempohari.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Utusan Hari Pekerja Presiden

Tanggal 1 Mei adalah tarikh penting dan bermakna buat kita mengenang jasa, bakti serta sumbangan golongan pekerja yang sememangnya diakui sebagai tulang belakang kepada sesebuah negara.

Di Malaysia, kaum pekerja baik sektor awam mahupun swasta telah memberi sumbangan besar dalam ekonomi negara sehingga pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 mencapai 6.3% sebagaimana yang diunjur Bank Negara. Sekadar mengisytiharkan 1 Mei sebagai cuti umum pastinya tidak memadai untuk menghargai sumbangan mereka tersebut.

Apa yang lebih utama ialah dasar-dasar kerajaan seharusnya dapat menjamin hak dan kebajikan pekerja agar mereka dapat terus memberi sumbangan yang lebih besar dalam pembangunan negara.Maka tuntutan dua pertubuhan utama para pekerja iaitu Kongres Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan sebagai landasan pembentukan dasar-dasar ekonomi.

KeADILan tetap komited dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama memperjuangkan golongan pekerja menerusi konsep "KeADILan Mesra Pekerja" sebagaimana yang digariskan dalam Kongres Tahunan 2007. Begitu juga di dalam agenda "Ekonomi Maju untuk Semua" dalam Manifesto Pilihanraya ke 12 yang lalu.

Antara tuntutan dan sasaran utama kita ialah meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada paras 8%, melaksanakan gaji minimum pada kadar RM1500 dan menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan dasar afirmatif yang berasaskan keperluan.KeADILan juga menyeru kerajaan meneliti tuntutan Cuepacs agar saguhati sebanyak RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus sejajar dengan kos sara hidup yang tinggi di samping mempertimbangkan tuntutan lain.

KeADILan juga mendesak kerajaan menggunakan kekuatan politik dalam membenteras seluruh rangkaian korupsi dan monopoli yang merugikan rakyat agar sumbangan kaum pekerja dapat dinilai semaksima mungkin. Hanya dengan pentadbiran yang bebas rasuah, telus dan penuh pertanggungjawaban akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Akhirnya, saya dan seluruh warga keADILan mengambil kesempatan ini merakamkan tahniah dan penghargaan buat setiap pekerja di negara ini yang sanggup berkorban membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. (tamat)

DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Matlamat dan Asas Perjuangan Politik

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama. Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara dibawah :

  • 1) Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu;
  • 2) Menyemai rasa hormat pada sistem Raja Berpelembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
  • 3) Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-prinsip profesionalisme.
  • 4) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
  • 5) Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
  • 6) Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara menggunaka, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
  • 7) Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil , bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
  • 8) Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
  • 9) Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan yang tidak bertepatan dan pembaziran sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
  • 10) Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, kearah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
  • 11) Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan taggungjawab sosial kerajaan terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
  • 12) Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
  • 13) Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
  • 14) Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
  • 15) Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
  • 16) Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, megelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari.
  • 17) Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretik, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan ymat manusia dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.

Organisasi JDM Parti Keadilan Rakyat Saujana Utama



Sertai KeADILan

Adakah anda ingin turut serta dalam membina Malaysia Baru?

Semakin ramai rakyat Malaysia menyertai KeADILan kerana mereka ingin sebuah negara Malaysia baru yang adil, demokratik, progresif dan bersatu. Mereka inginkan kerajaan yang prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, darjat ataupun agama. Mereka inginkan kebebasan daripada gejala korupsi, penyelewengan dan kezaliman.

Dengan menyertai KeADILan, anda boleh memperkasakan KeADILan untuk memastikan lebih banyak manfaat diberikan kepada rakyat, dan memastikan pentabdiran negara yang lebih telus dan saksama.

Anda juga boleh menyumbang kepada pendirian dasar-dasar parti, mengambil bahagian didalam kempen parti, mengambil jawatan di dalam parti dan memilih pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bersih.

Sertailah perjuangan kami sekarang sebagai ahli KeADILan untuk membentuk sebuah Malaysia baru yang adil, demokratik, progresif dan bersatu! Muat-turunkan borang permohonan keahlian dan hantarkan borang yang siap diisi kepada Cawangan, Bahagian, Negeri ataupun terus kepada Ibu Pejabat KeADILan.

» Muat-Turun Borang Permohonan Keahlian (PDF)

Lagu Parti Keadilan Rakyat

Lagu dan senikata dicipta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir seramai 120 orang pemuda semasa Pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Menjana arusKami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
(muzik)(Ulang kedua-dua rangkap)

Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia