Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUNJUNGAN AHLI MAJLIS KE PEJABAT KHIDMAT RAKYAT




Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat JDM Saujana Utama meraikan kunjungan Encik Steven kePej PKR pada Ahad lepas.Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Saujana Utama selepas terpilih sebagai Ahli Majlis.
Pelbagai persoalan telah diajukan antaranya masalah kesesakan disekolah rendah yang akan mencecah keangka 3500 pelajar pada tahun depan.
Masalah denggi yang masih berterusan,longkang yang tidak terurus,lampu jalan,penggambilan sampah yang kadang kala tidak mengikut jadual,dan pelbagai soalan lain lagi.
Di akhir ucapan, beliau berharap dapat berbakti kepada masyarakat di Saujana Utama walaupun beliau tinggal diKuala Selangor.Untuk makluman,beliau berada dalam potfolio kesihatan,Penilaian dan kewangan.

SENARAI BORANG TERKINI DIPEJABAT KHIDMAT RAKYAT JDM SAUJANA UTAMA

1. BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN
2. BORANG ADUAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT
3. BORANG CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS
4. BORANG PROFIL IBU TUNGGAL
5. BORANG TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
6. BORANG PERMOHONAN DANA INDUSTRI KAMPUNG NEGERI SELANGOR
7. BORANG PROGRAM KERJAYA BELIA
8. BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PEMBASMI KEMISKINAN BANDAR
9. BORANG YAYASAN SELANGOR( BORANG PINJAMAN PELAJARAN)
10.BORANG PERMOHONAN BANTUAN TABUNG JASAMU
11.BORANG PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
12.BORANG TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Pertanyaan : 017 6863839/ 012 2978640

KELAS TAMBAHAN PERCUMA






Kelas tambahan percuma setiap hari Sabtu yang dibuka kepada anak-anak yatim diteruskan lagi minggu ini.Walaupun jam belum menunjukkan 3 ptg, namun kanak-kanak ini sudah muncul dihadapan pejabat PKR.Kami sendiri teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini.Nyata mereka amat memerlukan bimbingan dari masyarakat setempat.

Kunjungan Ibu Tunggal kepejabat PKR



Sabtu 5 Julai- Pusat Khidmat Rakyat Saujana Utama telah menerima kunjungan ibu tunggal dari kaum India pada hari Sabtu lepas.Kedatangan 2 wanita ini telah disambut mesra oleh sukarelawan yang bertugas.Mereka dibantu untuk mengisi borang bantuan untuk ibu tunggal.
Pelbagai usaha sedang dilakukan dalam membantu ibu tunggal ini untuk meneruskan hidup.Setakat ini ibu tunggal adalah tetamu yg paling ramai mengunjungi pusat ini untuk memohon bantuan.

XTVT WANITA PKR

KELAS TAMBAHAN PERCUMA UNTUK ANAK YATIM

ANJURAN: WANITA PKR
MASA : 3 -4 PTG
HARI : SABTU
MATAPELAJARAN : ENGLISH/MATHEMATIK
TAHUN : 1, 2, DAN 3 SAHAJA

TERBUKA KEPADA SEMUA ANAK YATIM DISAUJANA UTAMA,SBCR ,DAN SRI PRISTANA

PERTANYAAN : 017-6863839

KURSUS LINTAH / IKAN