Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PUSAT KHIDMAT RAKYAT SAUJANA UTAMA TERUS MENJADI PILIHAN



Selasa 24 june,Parti Keadilan Rakyat telah menerima kemasukan beberapa orang ahli baru sejurus ianya dibuka jam 11 pagi tadi.Menurut Puan Azida Aziz salah seorang ajk wanita yang sukarela bertugasdi pejabat ini berkata, ada juga beberapa orang ibu tunggal yang datang untuk memohon bantuan.

Pusat Khidmat Rakyat yang telah memulakan operasinya semenjak 17 june yang lalu boleh dijadikan saluran untuk rakyat untuk memohon bantuan.Ia akan dibuka untuk ibu tunggal atau wanita pada hari isnin dan selasa jam 11:00-1:00 tengahari.Hari Rabu dan Khamis jam 2:30-4:30 ptg.Penduduk juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk membuat aduan .DRIFT PKRSU NAMA ADUAN/CADANGAN hantar ke 33886

gambar menunjukan puan Siti Rafieh Bt.Mohd Diah yang menyerahkan borang kemasukan ahli kepada puan Azida Aziz.

100hari PAKATAN RAKYAT di Shah Alam






SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN 100 HARI PENTADBIRAN KERAJAAN BARU SELANGOR

.Majis bermula jam 6.30 ptg dgn ketibaan para tetamu.(bagi yg menyertai solat Maghrib dan majlis Tahlil) Jam 7.00 mlm ketibaan dif-dif jemputan disusuli dgn ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan isteri.Setelah selesai solat maghrib dan solat hajat yg diadakan diperkarangan stadium para tetamu mula menggambil tempat.
Dimulakan dgn ucapan alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur,YB Dato' Dr.Hj.Hassan Bin Muhamed Ali.Seterusnya diadakan tayangan /persembahan Multimedia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.

Ucapan dimulakan oleh YAB Menteri Besar Selangor,disusuli dgn ucapan dari wakil Menteri Besar Kelantan.Sambutan hangat terus terasa sebermulanya pidato khas dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.Stadium Shah Alam dibanjiri ribuan rakyat yang dahagakan maklumat terkini dan hadir untuk meraikan pimpinan tertinggi parti.

Ketua Wanita JDM Saujana Utama,puan Noni yang juga Ketua Penerangan Wanita Kuala Selangor dan ajk Biro Politik Wanita negeri Selangor turut terlibat sebagai penyambut tetamu VIP pada majlis itu.

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI!!

ISU PANAS MENGELEGAK DITERUSKAN
23HB JUN 2008 ISNIN
9.00 PAGI RUMAH ANWAR IBRAHIM
SEGAMBUT DALAM
BERSAMA DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PIMPINAN 22 BAHAGIAN DAN AMK, WANITA SELURUH SELANGOR
11.00 PAGI SIDANG AKHBAR
ANWAR IBRAHIM MEMBATALKAN LAWATAN KE JAKARTA UNTUK ISU INI
DATANG BERAMAI RAMAI TANDA SOKONGAN ANDA
FULL FORCE MOBILISE

SMS ADUAN ANDA!!


Maka dengan sukacita dimaklumkan setiap aduan boleh disms sahaja utk kami mengambil tindakan susulan,gunakan teknologi kearah kebaikan.

Setiap aduan/cadangan yg d terima dari code PKRSU akan dikirimkan melalui email untuk tindakan Pusat Khidmat Rakyat.Sistem tersebut telah diaktifkan untuk kegunaan semua dan bolehlah dihebahkan kepada penduduk di kawasan sekitar dengan menggunakan code seperti di atas.

MAJLIS MAKAN MALAM



Sambutan 100 hari Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor - Mulai 7.00 Malam 20hb Jun 2008, Jumaat, mohon hebahkan kepada semua rakyat Selangor yang ada dimuka bumi ini untuk hadir.

Rosmin Hj Saipudin
AJK PKR Bahagian Kuala Selangor,
AJK Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat,
Ketua JDM PKR
Saujana Utama
Sg Buloh

Sekitar Majlis Perasmian PUSAT KHIDMAT RAKYAT







PELANCARAN PEJABAT PKR



PUSAT KHIDMAT RAKYAT SAUJANA UTAMA

Alhamdulillah,Salam Reformasi!

Tanggal 15hb Jun 2008 pada jam 11.15 pagi bertempat di No 4 jalan Dahlia 3,Saujana Utama,terbentuklah satu Pusat Khidmat Rakyat yang mana ianya adalah transit aduan dari penduduk mahupun Taman-taman sekitarnya yang berada didalam kawasan Parlimen Kuala Selangor untuk mengadu akan permasaalahan yang berlaku dan ianya juga adalah pejabat kerja wakil adun jeram bagi wakil PKR adun Jeram.

Setelah tercetusnya bangunan ini dan ianya juga hasil titik peluh serta sumbangan kewangan dari ahli-ahli PKR SaujanaUtama sendiri ianya akan menjadi pemangkin keatas penjanaan pembangunan didalam Saujana Utama ini sendiri.

Apapun saya masih mengharapkan sumbangan dari bentuk kewangan dari orang ramai dan juga organisasi yang masih ingin menyampaikan sumbangan kepada keperluan dipejabat PKR.

Mengikut pada mesyuarat berkaitan,satu usul telah dipersetujui dengan adanya PKR ini maka pejabat ini akan beroperasi mulai 17Jun,Selasa bermula dr jam 10 pagi hingga ke 4.30 petang.

Segala aduan dan juga cadangan akan diterima pakai sebagai pembangunan setempat.

Disini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli yg terlibat menjayakan pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PKR) dan orang ramai yg menghadirinya.

Alhamdulillah juga dengan kehadiran Pegawai Khas Dato' Menteri Besar Selangor Tn Hj Yahya,YB Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli,Penyelia Adun Hj Hairi Darmo,wakil Ketua Bahagian Tan Sri Khalid iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor Tn Hj Arshad majlis berjalan amat lancar seperti yang dirancang.

Alhamdulillah,terima kasih semua.

...bantu dibantu...

Rosmin Hj Saipudin
AJK PKR Bahagian Kuala Selangor,
AJK Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat,
Ketua JDM PKR
Saujana Utama
Sg Buloh

MAJLIS PERASMIAN KIDAS DAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT SAUJANA UTAMA 15jun 2008