Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


100hari PAKATAN RAKYAT di Shah Alam






SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN 100 HARI PENTADBIRAN KERAJAAN BARU SELANGOR

.Majis bermula jam 6.30 ptg dgn ketibaan para tetamu.(bagi yg menyertai solat Maghrib dan majlis Tahlil) Jam 7.00 mlm ketibaan dif-dif jemputan disusuli dgn ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan isteri.Setelah selesai solat maghrib dan solat hajat yg diadakan diperkarangan stadium para tetamu mula menggambil tempat.
Dimulakan dgn ucapan alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur,YB Dato' Dr.Hj.Hassan Bin Muhamed Ali.Seterusnya diadakan tayangan /persembahan Multimedia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.

Ucapan dimulakan oleh YAB Menteri Besar Selangor,disusuli dgn ucapan dari wakil Menteri Besar Kelantan.Sambutan hangat terus terasa sebermulanya pidato khas dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.Stadium Shah Alam dibanjiri ribuan rakyat yang dahagakan maklumat terkini dan hadir untuk meraikan pimpinan tertinggi parti.

Ketua Wanita JDM Saujana Utama,puan Noni yang juga Ketua Penerangan Wanita Kuala Selangor dan ajk Biro Politik Wanita negeri Selangor turut terlibat sebagai penyambut tetamu VIP pada majlis itu.