Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Matlamat dan Asas Perjuangan Politik

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama. Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara dibawah :

  • 1) Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu;
  • 2) Menyemai rasa hormat pada sistem Raja Berpelembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
  • 3) Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-prinsip profesionalisme.
  • 4) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
  • 5) Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
  • 6) Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara menggunaka, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
  • 7) Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil , bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
  • 8) Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
  • 9) Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan yang tidak bertepatan dan pembaziran sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
  • 10) Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, kearah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
  • 11) Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan taggungjawab sosial kerajaan terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
  • 12) Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
  • 13) Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
  • 14) Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
  • 15) Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
  • 16) Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, megelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari.
  • 17) Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretik, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan ymat manusia dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.