Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PUSAT KHIDMAT RAKYAT SAUJANA UTAMA

Alhamdulillah,Salam Reformasi!

Tanggal 15hb Jun 2008 pada jam 11.15 pagi bertempat di No 4 jalan Dahlia 3,Saujana Utama,terbentuklah satu Pusat Khidmat Rakyat yang mana ianya adalah transit aduan dari penduduk mahupun Taman-taman sekitarnya yang berada didalam kawasan Parlimen Kuala Selangor untuk mengadu akan permasaalahan yang berlaku dan ianya juga adalah pejabat kerja wakil adun jeram bagi wakil PKR adun Jeram.

Setelah tercetusnya bangunan ini dan ianya juga hasil titik peluh serta sumbangan kewangan dari ahli-ahli PKR SaujanaUtama sendiri ianya akan menjadi pemangkin keatas penjanaan pembangunan didalam Saujana Utama ini sendiri.

Apapun saya masih mengharapkan sumbangan dari bentuk kewangan dari orang ramai dan juga organisasi yang masih ingin menyampaikan sumbangan kepada keperluan dipejabat PKR.

Mengikut pada mesyuarat berkaitan,satu usul telah dipersetujui dengan adanya PKR ini maka pejabat ini akan beroperasi mulai 17Jun,Selasa bermula dr jam 10 pagi hingga ke 4.30 petang.

Segala aduan dan juga cadangan akan diterima pakai sebagai pembangunan setempat.

Disini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli yg terlibat menjayakan pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PKR) dan orang ramai yg menghadirinya.

Alhamdulillah juga dengan kehadiran Pegawai Khas Dato' Menteri Besar Selangor Tn Hj Yahya,YB Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli,Penyelia Adun Hj Hairi Darmo,wakil Ketua Bahagian Tan Sri Khalid iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor Tn Hj Arshad majlis berjalan amat lancar seperti yang dirancang.

Alhamdulillah,terima kasih semua.

...bantu dibantu...

Rosmin Hj Saipudin
AJK PKR Bahagian Kuala Selangor,
AJK Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat,
Ketua JDM PKR
Saujana Utama
Sg Buloh