Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MESYUARAT AGONG TAHUNAN PKR 2008


Mesyuarat Agong Tahunan PKR Bahagian Kuala Selangor
Tarikh : 11 Oktober 2008
Tempat : Melawati Grand Ballroom.Hotel De Palma,Kuala Selangor
Masa : 2.30 Petang
Perasmi : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Senarai Perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan 2008:

1. Ketua Bahagian : Tan Sri Khalid Ibrahim
2. Tim.Ketua Bahagian : En. Arshad Abu Bakar
3. Naib Ketua Bahagian :En. Basir Chu
4. Naib Ketua Bahagian : YB Ir.Muthaiya Mariapillay
5. Naib Ketua Bahagian : Dato' Seri Prof Razali Bolhi
6. Ketua Angkatan Muda Keadilan : En.Mohd Faizal Baharuddin
7. Ketua Wanita : Pn. Fauziah Sulaiman

3 orang Perwakilan Bahagian Yang Terpilih:

Ketua Penerangan : Tn Hj Ibrahim bin Mahidin
Ketua Penerangan Wanita : Pn.Norsani bt Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Bahagian : En. Mohd Pesal Idris



100 ahli IPF,PPP sertai PKR
T.Rajasekaran menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat kepada Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PKR Bahagian Kuala Selangor.




MESYUARAT AGONG TAHUNAN WANITA BAHAGIAN KUALA SELANGOR 2008.

Tarikh : 11 oktober 2008
Tempat : Melawati Grand Ballroom,Hotel De Palma Inn,Kuala Selangor
Masa : 10.00 pagi
Perasmi : YB Haniza bt Talha

MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN DAPUR KEPADA IBU TUNGGAL

Satu majlis penyerahan barangan dapur telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Saujana Utama pada hari Ahad,14 September 2008.Majlis diadakan bersempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-51 dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Barangan telah disampaikan oleh Ketua Wanita PKR JDM Saujana Utama,Puan Noni.Menurut beliau,bantuan kepada Ibu Tunggal ini akan berterusan bukan setakat berbentuk barangan malahan pelbagai usaha sedang dilakukan seperti mengenal pasti bentuk kemahiran yang boleh diikuti oleh mereka.



Ahli Jawatankuasa PKR JDM Saujana Utama bergambar bersama-sama penerima barangan dapur.






Ahli Jawatankuasa PKR yang terlibat dalam majlis ini.

KUNJUNGAN AHLI MAJLIS KE PEJABAT KHIDMAT RAKYAT




Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat JDM Saujana Utama meraikan kunjungan Encik Steven kePej PKR pada Ahad lepas.Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Saujana Utama selepas terpilih sebagai Ahli Majlis.
Pelbagai persoalan telah diajukan antaranya masalah kesesakan disekolah rendah yang akan mencecah keangka 3500 pelajar pada tahun depan.
Masalah denggi yang masih berterusan,longkang yang tidak terurus,lampu jalan,penggambilan sampah yang kadang kala tidak mengikut jadual,dan pelbagai soalan lain lagi.
Di akhir ucapan, beliau berharap dapat berbakti kepada masyarakat di Saujana Utama walaupun beliau tinggal diKuala Selangor.Untuk makluman,beliau berada dalam potfolio kesihatan,Penilaian dan kewangan.