Selamat Datang ke JDM PKR Saujana Utama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anda ke laman blog JDM Parti KeADILan Rakyat Saujana Utama.Sebuah blog yang memaparkan aktiviti semasa parti di peringkat JDM,bahagian,negeri dan nasional.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN DAPUR KEPADA IBU TUNGGAL

Satu majlis penyerahan barangan dapur telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Saujana Utama pada hari Ahad,14 September 2008.Majlis diadakan bersempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-51 dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Barangan telah disampaikan oleh Ketua Wanita PKR JDM Saujana Utama,Puan Noni.Menurut beliau,bantuan kepada Ibu Tunggal ini akan berterusan bukan setakat berbentuk barangan malahan pelbagai usaha sedang dilakukan seperti mengenal pasti bentuk kemahiran yang boleh diikuti oleh mereka.



Ahli Jawatankuasa PKR JDM Saujana Utama bergambar bersama-sama penerima barangan dapur.






Ahli Jawatankuasa PKR yang terlibat dalam majlis ini.

KUNJUNGAN AHLI MAJLIS KE PEJABAT KHIDMAT RAKYAT




Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat JDM Saujana Utama meraikan kunjungan Encik Steven kePej PKR pada Ahad lepas.Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Saujana Utama selepas terpilih sebagai Ahli Majlis.
Pelbagai persoalan telah diajukan antaranya masalah kesesakan disekolah rendah yang akan mencecah keangka 3500 pelajar pada tahun depan.
Masalah denggi yang masih berterusan,longkang yang tidak terurus,lampu jalan,penggambilan sampah yang kadang kala tidak mengikut jadual,dan pelbagai soalan lain lagi.
Di akhir ucapan, beliau berharap dapat berbakti kepada masyarakat di Saujana Utama walaupun beliau tinggal diKuala Selangor.Untuk makluman,beliau berada dalam potfolio kesihatan,Penilaian dan kewangan.

SENARAI BORANG TERKINI DIPEJABAT KHIDMAT RAKYAT JDM SAUJANA UTAMA

1. BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN
2. BORANG ADUAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT
3. BORANG CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS
4. BORANG PROFIL IBU TUNGGAL
5. BORANG TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
6. BORANG PERMOHONAN DANA INDUSTRI KAMPUNG NEGERI SELANGOR
7. BORANG PROGRAM KERJAYA BELIA
8. BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PEMBASMI KEMISKINAN BANDAR
9. BORANG YAYASAN SELANGOR( BORANG PINJAMAN PELAJARAN)
10.BORANG PERMOHONAN BANTUAN TABUNG JASAMU
11.BORANG PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
12.BORANG TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Pertanyaan : 017 6863839/ 012 2978640